Y
Exercise before O level/Persiapan sebelum GCE peringkat O @ 8:43 PM
Angin malam membelai langsir, terasa seperti ia mmbelai hatiku. Pada ketika itu dunia bagaikan tiada berpenghuni. Aku berasa tenang memerhatikan langit yang terbentang luas dihiasi biji-biji berlian dan cahaya purnama masih setia menerangi alam semesta.Aku diselubungi kesepian.Aku pun membuka radio lalu kedengaran lagu 'Kenangan Terindah'nyanyian kumpulan Samsons berkumandang di corong radio.
"Bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku.."
Tanpa kusedari butir-butir mutiara tergenang di kelopak mataku lalu tertumpahnya air mata bagaikan gerimis membasahi pipiku. Masih teringat lagi akan diriku kepada seorang pemuda bernama Romy. Aku telah menjalin hubungan yang intim dengan dia. Aku berasa gembira bahawa aku dapat bersama dengannya.Namun, epilog cinta kami mula retak bagaikan gunung-gunung batu pejal yang jatuh berselerakan.
SUatu petang yang indah, aku,ibuku dan ayahku pergi bersiar-siar di pantai East Coast sambil menghirup udara yang bersih.Kami memerhatikan keadaan sekeliling kami.Mentari petang masih setia memancarkan cahayanya ke bumi yang fana ini.Sewaktu kami menikmati keindahan alam,ayah pengsan dengan tiba-tiba. Beliau terpaksa dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan ayah menghidap barah otak dan memerlukan pembedahan. Kami juga diberitahu bahwa biaya pembedahan itu sangat mahal.Kami tergaman.Namun, jikalau pembedahan itu tidak dilakukan, ayah tidak boleh hidup lebih lama lagi. Aku segera menyuruh doktor untuk melakukan pembedahan.
Aku tahu bahawa aku tidak mempunyai wang sebanyak itu. Lagipula, hari pertunanganku akan segera tiba. Aku harus membatalkan hari pertunanganku demi membayar semua biaya pembedahan ayah. Namun, aku tahu jikalau aku memberitahu Romy tentang hal ini, dia akan berasa kecewa.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aku bingkas lalu mencapai telefon bimbitku. Kuntum kegembiraan mengembang di hatiku apabila mendengar suara Romy.
"Assalamualaikum," katanya.
"Waalaikumussalam.Romy" jawabku dengan intonasi yang cemas.
"Maafkan Azizah,bang.Azizah ingin memberitahu abang bahawa Azizah ingin membatalkan hari pertunagan kita.Ayah Azizah menghidap barah otak dan harus menjalani pembedahan.Biayanya sangat mahal dan Azizah harus membanting tulang untuk membayar biaya pembedahan itu.Harap abang mengerti,"kataku sambil menangis.
Kemudian, ROmy langsung meletakkan gagang telefon.Aku tahu bahawa perasaan hati Romy remuk oleh perkataanku.Namun aku harus berkorban demi ibu bapaku.Aku hanya berserah dan tabah menghadapi cabaran dari TUhan kerana rencana Tuhan lebih baik daripada rencana manusia.
Setelah beberapa hari berada di hospital, aku dan ibuku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
"Helmi! Helmi, adikku!Bukakan pintu!Ibu dan kakak dah balik."
Pada waktu itu, Helmi sedang merokok. Helmi masih merokok walaupun ibuku telah berulang kali menasihatkan HElmi untuk meninggalkan tabiatnya yang buruk.Sepantas kilat, Helmi mebuang batang rokok yang masih menyala itu ke luar tingkap. Setelah itu, baru Helmi buka pintu sambil cuba tersenyum kepadaku dan ibu. Namun , bau asap daripada hembusan Helmi menusuk ke hidung ibu. Mata ibuku liar memandang ke arah Helmi. Namun, ibu meninggalkan niatnya untuk menghukum Helmi kerana dia berasa letih. Ibu langsung menuju ke biliknya untuk beristirahat.
Beberapa minit kemudian, aku terasa bahang api sewaktu aku bersandar longlai di tembok berhampiran dengan tingkap. Aku menoleh ke arah tingkap dan ternampak api yang merah berbalam-balam sedang menjilat langsir.Api terus merebak dengan cepatnya. Helmi langsung meninggalkan rumah sementara aku mencuba untuk membangunkan ibuku.
Setelah ibuku bangun, aku terus memengang erat tangan ibu dan berlari pantaske arah pintu belakang rumah kami.Namun, semua telah terlambat. Api telah membakar pintu belakang rumah kami.Asap tebal telah menyyelubungi rumah kami. BAu asap menusuk hidung kami dan menyebabkann ibuku pengsan. Kami telah terperangkap.
Tanpa fikir yang panjang, aku menerobos pintu belakang yang terbakar itu dengan menggendong ibuku. aku mejerit dengan kesakitan kerana api telah membakar badanku sementara emakku telah terselamatkan.Jiran-jiran yang mendengar jeritanku bergegas keluar.MEreka cuba memadamkan api yang membakar badanku.
Tidak lama kemudian, bomba dan ambulans pun datang. Aku segera dilarikan ke hospital akibat luka bakar yang aku alami.
Sewaktu aku siuman kembali, aku telah berada di hospital.Seluruh keluargaku mengelilingiku.
Kemudian,ibuku menyerahkan kepadaku sebuah surat daripada Romy.
Apabila kubuka surat itu, alangkah berkecainya hatiku apabila membaca surat itu. Ketika itu, segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalaku.Air mataku mencurah-curah jatuh membasahi pipiku setelah lama berladung di kolamnya. Tidak ku jangkakan bahawa Romy juga ingin memutuskan tali percintaan kita atas alasan bahawa hari pertunangan kita telah ditunda dan ibubapanya berasa sangat marah.Aku telah korbankan segala-segalanya bagi ibu bapaku. Aku hanya berharap Tuhan sajalah yang akan membalas semua perbuatanku.
Tiba-tiba, lamunanku tersentak oleh bunyi benda yang jath. Aku mengesatkan air mata lalu bangun menuju ke arah bunyi tadi. Aku dapati bingkai gambar Romy jatuh dan pecah ditiup angin. Aku mengambil gambaranya lalu menangis dengan sekuat hatiku sehingga aku terlena dibuai memori indah bersama Romy.