Y
Tajuk Perbualan @ 3:25 AM
Salam sejahtera semuanya! Pernakah anda berfikir tentang faktor-faktor yang mendorong remaja untuk menganggotai kumpulan kongsi gelap dan menjadi samseng remaja? Pernakah anda berfikir tentang kesan-kesan jangka panjang yang mungkin ditimbulkan sekiranya banyak remaja yang ingin menganggotai kumpulan-kumpulan ini? Jika anda belum pernah berfikir tentang masalah ini, saya menyarankan agar anda memfikirkannya sekarang juga!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kegiatan kongsi gelap ialah sebuah kegiatan yang biasanya terbabit dalam kegiatan haram. Biasanya kumpulan daripada kegiatan kongsi gelap ini menjadikan perniagaan dadah,pelacuran dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama. Samseng remaja ialah sebuah organisasi yang didirikan oleh remaja yang telah terpinggir dari masyarakat dan tidak mendapat kasih sayang,perhatian dan bimbingan yang cukup dari ibubapa. Samseng remaja ini boleh melampiaskan nafsu mereka ke jalan songsang yang bakal merosakkan diri mereka sendiri akhirnya.
Sebab-sebab kenakalan remaja ini adalah berpunca dari:
-Faktor keluarga
Keluarga ialah institusi di mana seseorang individu itu mendapat pendidikan yang terawal. Pendidikan ini sangat penting kerana pendidikan ini yang akan membentuk keperibadian seseorang remaja. Jika anak remaja menjadi nakal,maka kemungkinan besar puncanya ialah pembawaaan keluarga itu sendiri. Pembawaan keluarga yang menjadi punca kepada kenakalan remaja ialah rumah tangga yang tidak kukuh atau bercerai berai, ibubapa lebih mementingkan kerjaya mereka daripada menyayangi anak-anak mereka. Akibatnya, remaja ini berusaha untuk mencari hiburan demi hiburan bagi mengisi kekosongan hati mereka dan memberi ketenangan bagi jiwa mereka. Akhirnya, remaja ini menganggotai kumpulan samseng.
-Faktor rakan
Salah memilih rakan sering kali menjadi antara sebab mengapa anak remaja terlibat dengan kumpulan-kumpulan gelap ini. Kebiasaan remaja itu cenderung untuk dipengaruhi oleh sikap,perangai dan tingkah laku rakan yang sering mendampinginya. Jika rakan-rakan mereka telah menganggotai kumpulan samseng, maka remaja ini juga akan menganggotai kumpulan samseng ini.
-Faktor yang terakhir ialah faktor sekolah
Sekolah ialah tempat di mana remaja mendapat pengajaran dan pendidikan yang formal selepas daripada ibubapa. Faktor sekolah yang boleh memeri pengaruh kepada tingkah laku remaja yang tidak baik ialah disiplin sekolah yang longgar dan guru-guru tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh remaja. Remaja berharap bahawa guru-guru di sekolah mereka akan menyayangi mereka dan mengambil tahu tentang masalah mereka jikalau ibubapa mereka tidak menyayangi mereka. Namun, mereka berasa kecewa keran guru-guru di sekolah mereka juga tidak ingin mengambil tahu tentang masalah yang mereka hadapi. Akhirnya mereka akan menganggotai kumpulan gelap ini kerana mereka merasa bahawa teman-teman kumpulan samseng itu dapat memberi kasih sayang dan perlindungan kepada mereka.
Usaha-usaha yang boleh diambil oleh pihak sekolah ialah kumpulan samseng itu dapat dipanggil oleh guru disiplin atau guru kaunselor dan diadakan perbincangan tertutup untuk mendengarkan alasan mereka menganggotai kumpulan samseng. Di samping itu, guru kaunselor itu dapat mengubah tingkah laku dan pemikiran mereka ke arah kebaikan. Selain itu, ibubapa remaja itu dapat dipanggil ke sekolah dan pengetua dapat meminta kerjasama ibubapa remaja tersebut agar ibubapa remaja itu dapat memberikkan kasih sayang dan perhatian yang cukup bagi remaja tersebut.
Kesan-kesan jangka panjang yang mungkin boleh timbul sekiranya masalah ini dibiarkan berleluasa ialah kumpulan samseng ini dapat menyalahgunakan dadah. Kumpulan samseng ini juga dapat mengepung seseorang yang mereka tidak suka dan membelasahnya. Kumpulan samseng ini juga bakal menghuru-harakan negara satu hari nanti. Contoh daripada perbuatan ini ialah kumpulan samseng ini dapat merompak, membunuh dan melakukan perbuatan jenayah yang lainnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memilih rakan ini boleh diibaratkan seperti berkawan dengan tukang besi ataupun dengan minyak wangi. Ini berarti bahawa kita harus memilih kawan kita dengan hati-hati. Dengan kalimat itu, saya akan mengakhiri perbualan ini.
---------------------------------------Terima kasih--------------------------------------------