Y
Pekemahan di Indonesia @ 2:14 AM
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh dinegeri satu
Hilang dimata dihati jangan
Selamat sejahtera kawan-kawan semua. Aku akan menulis sebuah pengalaman yang terkesan di hatiku.
Peristiwa ini berlaku sebelum aku berangkat ke Singapura.
Tiba-tiba, telefon yang berada di ruang tamu berdering dengan nyaring.
"Hai Philip! Esok kita akan pergi untuk berkemah, sudahkah kamu menyiapkan pakaianmu?" tanya Timotius. Timotius ialah kawan akrabku.
"Aku sudah menyiapkan peralatan dan pakaian yang diperlukan. Setelah perkemahan ini, aku akan pergi untuk melanjutkan persekolahanku di Singapura, sulit rasanya untuk berpisah denganmu dan kawan-kawan yang lain," ujarku dengan perasaan yang sedih.
"Aku pun juga tidak dapat berpisah denganmu. Kamu ialah kawan akrab dan sahabatku. Tapi, aku berharap tali persahabatan kita tidak akan putus," lirih Timotius.
"Aku juga berharap demikian. Hah, sudahlah! Baik kita tidur. Esok pagi, kita harus pergi ke sekolah untuk berkumpul sebelum kita pergi ke tempat perkemahan," ujarku.
Keesokan harinya, aku bangun pagi-pagi lagi. Kemudian, aku bersiap-siap untuk mandi. Setelah itu, aku menuju ke ruang makan untuk bersarapan dengan ayahibuku. Kemudian, ayahku mengantarku ke sekolah dengan kereta.
Sesampainya di sekolah, aku disambut oleh kawan-kawanku. Aku bersenda gurau dengan mereka. Aku berusaha untuk membuang perasaan sedihku dan berusaha untuk tersenyum.
Tidak lama kemudian, bas yang telah ditunggu oleh kita telah datang. Kami mengangkat barang-barang yang telah dibawa itu lalu masuk ke bas. Tidak lama kemudian, bas itu menuju ke tempat perkemahan. Suasana riuh di kota tempat kami tinggal telah kami tinggalkan. Kini, kami berada di sebuah tempat perkemahan yang berada di pegunungan dan berada dekat dengan laut. Kami berada di sana selama tiga hari dua malam.
Hari yang pertama telah kami lalui tanpa peristiwa yang menarik.Tapi, aku menggunakan kesempatan ini untuk merapatkan hubunganku dengan teman-temanku. Aku berharap kenangan indah ini dapat aku ingat selama-lamanya.
Pada hari yang kedua, kami pergi ke laut yang terdekat untuk berkayak. Suasana sekeliling sungguh hening dan airnya sangat tenang. Setelah itu, kami kembali ke tempat perkemahan kami. Kemudian, kami pergi ke ruang makan untuk makan tengah hari.
Setelah itu, kami diizinkan untuk beristirahat dan berkemas-kemas. Ini disebabkan kerana esok pagi kami akan meninggalkan tempat perkemahan ini.
Sewaktu aku menuju ke bilikku, aku merasakan sesuatu yang aneh telah berlaku. Aku tidak melihat seorang teman pun yang pergi ke biliknya.
Apakah mereka mencuba untuk menyembunyikan sesuatu daripadaku? Atau apakah mereka mencuba untuk menghindariku?Perasaanku mulai tidak tenang.
Aku mencuba untuk mengindahkan perasaan ini. Aku melangkah masuk ke bilikku dan mengurung diri. Aku hanya dapat menghitung hari yang tersisa sebelum aku akan meninggalkan teman-temanku.
Sewaktu aku mencuba untuk mengingat kenangan manis bersama dengan teman-temanku, tiba-tiba, sebutir air mataku minitis. Aku berasa sangat sedih kerana aku menyedari bahawa lusa aku akan berangkat ke Singapura. Aku tidak ingin berpisah dengan mereka.
Tiba-tiba, Timotius memegang bahuku.
"Philip, mengapa kamu menangis?" tanya Timotius.
"Tak apalah. Dari tadi, kau pergi ke mana?"tanyaku.
"Aku pergi bermain bola dengan teman-teman yang lain,"kata Timotius.
"Kenapa tak ajak aku?Aku pun nak main,"ujarku.
"Aku terlupa. Hah, sudahlah! Baik kita mandi. Nanti ada aktiviti yang menarik,"ajak Timotius.
Setelah keluar dari bilik mandi, aku dan Timotius bergegas ke dewan serba guna yang terletak di sebelah ruang makan.Sewaktu aku berbincang-bincang dengan temanku, tiba-tiba seorang daripada temanku memegang tanganku.
"Philip, aku berharap kita dapat bertemu lagi setelah kita lulus,"kata temanku.
"Pasti..Kita akan bertemu lagi.Aku a..,"kataku.
Aku tidak dapat meneruskan perbualanku. Dadaku berasa sebak. Tiba-tiba,kelopak mataku digenangi oleh air mata. Kemudian, air mata itu mulai menuruni mukaku.
Aku berdiri daripada kerusiku dan berlari keluar. Aku berlari ke bilik air untuk menenangkan perasaanku.Aku menyedari bahawa aku tidak dapat menahan perasaan sedihku.Aku menyedari bahawa teman-temanku sangat berharga bagiku.
Setelah menyeka air mataku dan menenangkan perasaanku, aku memutuskan untuk memasuki dewan serba guna. Sewaktu aku membuka pintu dan melangkah masuk, tiba-tiba, teman-temanku berlari menuju kepadaku dan memelukku. Ternyata, mereka juga berasa sedih akan kepergianku.
Kemudian, teman-temanku menyerahkan sebuah buku diari. Buku diari ini berisi tentang rasa rindu mereka dan harapan mereka untuk bertemu denganku lagi. Dalam buku ini,terdapat juga nasihat pengetua sekolahku dan guru-guruku agar aku terus berjaya dalam apapun yang aku lakukan.
Buku diari ini masih aku simpan dan bayangan teman-temanku selalu menjelma dalam fikiranku. Kenangan indah ini tidak akan pernah aku lupakan.
Begitulah cerita saya . Aku harap bahawa pengalamanku ini dapat mengingatkan para pembaca sekalian tentang pentingnya untuk menjaga hubungan yang baik dengan teman-teman yang lain .
Tepak sirih di tepi dapur
Buat pelantar di rumah Tok Penghulu
Minta sirih barang sekapur
Buat ubat hari rindu.
Y
Tajuk Perbualan @ 3:25 AM
Salam sejahtera semuanya! Pernakah anda berfikir tentang faktor-faktor yang mendorong remaja untuk menganggotai kumpulan kongsi gelap dan menjadi samseng remaja? Pernakah anda berfikir tentang kesan-kesan jangka panjang yang mungkin ditimbulkan sekiranya banyak remaja yang ingin menganggotai kumpulan-kumpulan ini? Jika anda belum pernah berfikir tentang masalah ini, saya menyarankan agar anda memfikirkannya sekarang juga!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kegiatan kongsi gelap ialah sebuah kegiatan yang biasanya terbabit dalam kegiatan haram. Biasanya kumpulan daripada kegiatan kongsi gelap ini menjadikan perniagaan dadah,pelacuran dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama. Samseng remaja ialah sebuah organisasi yang didirikan oleh remaja yang telah terpinggir dari masyarakat dan tidak mendapat kasih sayang,perhatian dan bimbingan yang cukup dari ibubapa. Samseng remaja ini boleh melampiaskan nafsu mereka ke jalan songsang yang bakal merosakkan diri mereka sendiri akhirnya.
Sebab-sebab kenakalan remaja ini adalah berpunca dari:
-Faktor keluarga
Keluarga ialah institusi di mana seseorang individu itu mendapat pendidikan yang terawal. Pendidikan ini sangat penting kerana pendidikan ini yang akan membentuk keperibadian seseorang remaja. Jika anak remaja menjadi nakal,maka kemungkinan besar puncanya ialah pembawaaan keluarga itu sendiri. Pembawaan keluarga yang menjadi punca kepada kenakalan remaja ialah rumah tangga yang tidak kukuh atau bercerai berai, ibubapa lebih mementingkan kerjaya mereka daripada menyayangi anak-anak mereka. Akibatnya, remaja ini berusaha untuk mencari hiburan demi hiburan bagi mengisi kekosongan hati mereka dan memberi ketenangan bagi jiwa mereka. Akhirnya, remaja ini menganggotai kumpulan samseng.
-Faktor rakan
Salah memilih rakan sering kali menjadi antara sebab mengapa anak remaja terlibat dengan kumpulan-kumpulan gelap ini. Kebiasaan remaja itu cenderung untuk dipengaruhi oleh sikap,perangai dan tingkah laku rakan yang sering mendampinginya. Jika rakan-rakan mereka telah menganggotai kumpulan samseng, maka remaja ini juga akan menganggotai kumpulan samseng ini.
-Faktor yang terakhir ialah faktor sekolah
Sekolah ialah tempat di mana remaja mendapat pengajaran dan pendidikan yang formal selepas daripada ibubapa. Faktor sekolah yang boleh memeri pengaruh kepada tingkah laku remaja yang tidak baik ialah disiplin sekolah yang longgar dan guru-guru tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh remaja. Remaja berharap bahawa guru-guru di sekolah mereka akan menyayangi mereka dan mengambil tahu tentang masalah mereka jikalau ibubapa mereka tidak menyayangi mereka. Namun, mereka berasa kecewa keran guru-guru di sekolah mereka juga tidak ingin mengambil tahu tentang masalah yang mereka hadapi. Akhirnya mereka akan menganggotai kumpulan gelap ini kerana mereka merasa bahawa teman-teman kumpulan samseng itu dapat memberi kasih sayang dan perlindungan kepada mereka.
Usaha-usaha yang boleh diambil oleh pihak sekolah ialah kumpulan samseng itu dapat dipanggil oleh guru disiplin atau guru kaunselor dan diadakan perbincangan tertutup untuk mendengarkan alasan mereka menganggotai kumpulan samseng. Di samping itu, guru kaunselor itu dapat mengubah tingkah laku dan pemikiran mereka ke arah kebaikan. Selain itu, ibubapa remaja itu dapat dipanggil ke sekolah dan pengetua dapat meminta kerjasama ibubapa remaja tersebut agar ibubapa remaja itu dapat memberikkan kasih sayang dan perhatian yang cukup bagi remaja tersebut.
Kesan-kesan jangka panjang yang mungkin boleh timbul sekiranya masalah ini dibiarkan berleluasa ialah kumpulan samseng ini dapat menyalahgunakan dadah. Kumpulan samseng ini juga dapat mengepung seseorang yang mereka tidak suka dan membelasahnya. Kumpulan samseng ini juga bakal menghuru-harakan negara satu hari nanti. Contoh daripada perbuatan ini ialah kumpulan samseng ini dapat merompak, membunuh dan melakukan perbuatan jenayah yang lainnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memilih rakan ini boleh diibaratkan seperti berkawan dengan tukang besi ataupun dengan minyak wangi. Ini berarti bahawa kita harus memilih kawan kita dengan hati-hati. Dengan kalimat itu, saya akan mengakhiri perbualan ini.
---------------------------------------Terima kasih--------------------------------------------
Y
Pandangan saya tentang kenaikan tambang @ 6:21 PM
Selamat berjumpa lagi dalam lelaman blog peribadi saya. Saya akan memberikan pendapat saya tentang kenaikan tambang pengangkutan awam di Singapura baru-baru ini. Tambang bas dan tambang teksi sahaja yang naik, sementara tambang MRT dan LRT tidak dinaikkan. Tambang MRT dan LRT tidak dinaikkan kerana Majlis Pengangkutan Awam telah membandingkan Pulangan Aset Keseluruhan(Rota) bagi kereta api dan Pulangan Aset Keseluruhan(Rota) bagi bas. Rota bagi kereta api mempunyai persentasi yang lebih besar daripada rota bagi bas. Tambang teksi dinaikkan kerana kenaikkan harga minyak telah menjejas pendapatan pemandu teksi di Singapura, maka, jalan satu-satunya adalah menaikkan tambang teksi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ini, pengendali pengangkutan kereta api telah meminta kepada Majlis Pengangkutan Awam untuk menerima permintaan ini. Tapi, Majlis Pengangkutan Awam telah menolak permintaan itu. Saya sangat setuju dengan penolakan ini kerana pengangkutan kereta api telah berperan sebagai salah satu daripada pengangkutan awam yang telah berjasa bagi rakyat Singapura. Pengangkutan kereta api dapat memendekkan masa yang diperlukan bagi pekerja-pekerja untuk mencapai tujuan mereka. Jikalau tambang pengangkutan kereta api ini bertambah,ini akan mempersulit mereka untuk menanggung beban hidup kerena gaji mereka setiap bulan tidak akan bertambah walaupun tambang pengangkutan awam telah bertambah. Maka dari itu, mereka akan berasa gelisah jikalau tambang kereta api dinaikkan sama seperti tambang bas yang telah dinaikkan sebanyak $0.88 sebulan bagi setiap perjalanan. Encik Ee juga telah menyampaikan pendapatnya tentang kenaikan tambang ini.
"Apabila pengendali berdaya maju,mereka boleh terus membaiki perkhidmatan dan mengekalkan pelaburan,"ujar Encik Ee.Saya sangat setuju dengan pendapat beliau.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tambang teksi pun telah naik. Saya merasa tidak setuju tentang kenaikan ini. Saya sangat tidak setuju kerana saya merasa mutu perkhidmatan para pemandu teksi ini tidak pernah ditingkatkan walaupun tambang teksi telah dinaikkan.Ini akan mengakitbatkan kemerosotan dalam jumlah penumpang teksi. Kemerosotan ini akan mengakibatkan pengurangan dalam segi pendapatan para pemandu teksi. Maka dari itu, dengan kenaikan tambang teksi ini,saya berharap para pemandu teksi dapat berkomited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.
Encik Hamid,50 an tahun, seorang penumpang teksi, juga berasa kecewa hati akan mutu perkhidmatan yang telah diberikan oleh pemandu teksi. Beliau juga berharap dengan adanya kenaikan tambang ini, pemandu teksi dapat meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.
Begitulah komentar saya tentang artikel ini. Terima kasih atas perhatiannya.
Y
Berita Harian artikel(11 september 2007) @ 6:26 PM
Selamat sejahtera kawan-kawan semuanya! Pada kali ini, saya akan memberikan komentar saya tentang keberhasilan penduduk Tampines dalam memecahkan Rekod Dunia Guinness.
Artikel yang saya baca ini menghuraikan tentang penduduk Tampines West yang berjaya dalam percubaan mereka untuk memecah Rekod Dunia Guinness bagi kain tampalan terbesar di dunia. Artikel ini ditulis oleh Halifi Hussin pada 11 September 2007. Artikel ini saya ambil dari
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,103083,00.html.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Merujuk pada artikel yang telah saya baca, saya ingin memberikan pendapat saya tentang artikel tersebut. Sebelum saya memberikan pendapat saya, saya ingin mengawalinya dengan memberikan ringkasan tentang artikel tersebut. Artikel tersebut ingin menyampaikan perutusannya tentang kejayaan penduduk Tampines West yang telah memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kain tampalan terbesar di dunia. Kain tampalan itu dibuat oleh penduduk Tampines West dengan bantuan lebih 3,000 sukarelawan. Kain tampalan itu sebesar empat gelanggang badminton (20.1 meter kali 13.8 meter).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat saya tentang artikel ini ialah saya berasa gembira akan kejayaan yang telah diperoleh penduduk Tampines West. Meskipun saya ialah seorang pelajar Indonesia yang belajar di Singapura, namun saya juga berasa gembira akan kejayaan yang telah diperoleh oleh warga Singapura. Saya juga didorong untuk berjaya dalam pelajaran saya, setelah saya membaca artikel ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat yang telah disampaikan oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) selaku Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northeast, Encik Zainul Abidin Rasheed ialah beliau berasa gembira kerana projek ini merupakan contoh yang baik di mana masyarakat dapat berganding bahu, tidak kira bangsa atau agama, untuk sama-sama menjayakannya dan mengatasi apa jua rintangan yang ada.
Begitulah komentar saya akan artikel ini. Terima kasih atas perhatiannya.