Y
Wawancara bersama dengan Encik Vilasamy tentang pengalaman kerjaya @ 6:11 AM
Terima kasih Saudara Vilasamy sebab memberi saya peluang untuk mewawancara saudara tentang kerjaya yang pernah saudara ceburi iaitu sebagai operator.
1 Bilakah kali pertama saudara mula bekerja sebagai operator? Adakah ini pilihan saudara?
Saya mula bekerja sebagai operator pada 15 May 1990. Tidak, ini ialah kerjaya yang diajukan oleh teman saya dan saya memberanikan diri untuk mencuba kerjaya ini.
2 Apakah saudara diberi pengiktirafan semasa saudara bekerja sebagai operator?
Ya, saya dinaikkan pangkat sebagai ketua garisan(lineleader) kerana saya telah melakukan tugas saya dengan baik.
3 Jika tidak keberatan, harap saudara dapat terangkan sedikit tentang tugas harian saudara di Elektrik Printer sebagai ketua garisan?Sebagai ketua garisan, saya memperhatikan keselamatan pekerja bawahan saya, saya juga membantu dan mengawasi pekerja yang bekerja syif malam, kemudian saya akan mengambil nama-nama pekerja yang hadir pada waktu itu.
4 Pernakah saudara mengalami kesulitan semasa bertugas sebagai ketua garisan.Jika ada, harap saudara boleh berkongsi pengalaman tersebut dengan saya.
Saya merasa bahawa saya tidak mengalami sebarang kesulitan kerana rakan kerja dan bawahan saya memberikan kerjasama yang baik. Maka dari itu, kami dapat menyelesaikan tugas kami dengan cepat.5 Ceritakan satu pengalaman yang tidak dapat saudara lupakan semasa berkhidmat sebagai ketua garisan di Elektrik Printer.
Satu perisitiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah saya menyaksikan suatu musibah yang terjadi pada satu pekerja yang bekerja syif malam. Tangan daripada pekerja ini termasuk ke dalam mesin penggiling. Kemudian, saya bergegas untuk menghubungi ambulans dan pekerja itu tidak bekerja selama enam bulan.
6 Jika tidak keberatan, harap saudara terangkan tentang alasan saudara bekerja di Sekolah Menengah Shuqun.
Saya bekerja di Sekolah Menengah Shuqun kerana syarikat dimana saya berkhidmat sebagai ketua garisan dipindahkan ke Cina. Saya tidak ingin meninggalkan keluarga saya di Singapura, oleh kerana itu saya meninggalkan kerjaya saya sebagai ketua garisan. Lagipun, saya mempunyai pendidikan yang sangat rendah dan keadaan ekonomi melambung tinggi. Oleh kerana itu, saya memutuskan untuk bekerja sebagai petugas keamanan di Sekolah Menengah Shuqun agar saya dapat memenuhi keperluan keluarga saya.
7 Kini, saudara bertugas di sekolah. Bagaimana saudara membandingkannya dengan tugas saudara sebagai ketua garisan?
Ya, tugas saya sebagai petugas keamanan sangat berbeza dengan tugas saya sebagai ketua garisan. Saya sangat senang semasa saya berkhidmat sebagai petugas keamanan di Sekolah Menengah Shuqun. Ini kerana saya dapat berinteraksi dengan murid-murid, guru dan pengetua sekolah. Tetapi, semasa saya bertugas sebagai ketua garisan, saya hanya dapat berinteraksi dengan orang-orang yang sama. Saya merasa sangat gembira jikalau saya dapat bertemu dan bekerjasama dengan orang yang baru semasa saya bekerja.
8 Saudara telah dinaikkan pangkat sebagai pegawai perkembangan kanak-kanak. Apakah saudara mempunyai pengalaman yang berkesan semasa bekerja di Sekolah Menegah Shuqun?
Ya, saya mempunyai pengalaman yang berkesan semasa saya bekerja di Sekolah Menengah Shuqun. Semasa hari guru(Teacher's day), saya dan guru-guru yang lain akan makan siang bersama-sama. Kemudian, kami akan berinteraksi dengan satu yang lain. Saya merasa gembira juga kerana guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah Shuqun amat menghargai dan bersikap baik terhadap saya.
9 Jika saudara tidak keberatan, apakah saudara mengalami kesulitan semasa saudara bertugas sebagai pegawai perkembangan kanak-kanak?
Tidak, saya tidak mengalami kesulitan semasa saya bertugas sebagai pegawai perkembangan kanak-kanak. Ini kerana murid-murid Sekolah Menengah Shuqun memberikan kerjasama yang baik terhadap saya dan mereka tidak pernah melawan saya. Maka dari itu, saya sangat senang bekerja di Sekolah Menengah Shuqun.
10 Berikan pesanan saudara kepada murid-murid Sekolah Menengah Shuqun.
Saya ingin mengingatkan seluruh murid bahawa mereka datang ke sekolah untuk belajar. Maka dari itu, mereka harus memberikan tumpuan seratus peratus semasa mereka berada di bilik darjah dan mereka harus menghormati guru mereka.
(Ribuan terima kasih saudara Vilasamy sebab sudi diwawancara bagi
manfaat pelajar-pelajar Shuqun. Sesungguhnya, pengalaman yang
saudara Ratan kongsi bersama ini dapat memperkayakan lagi
pengalaman mereka bersekolah di sini.)
Welcome
to my name@blogspot
site belongs to your name
underline bold italic
insert your profile here
Name:Philip A.K.A PL
Schools(Other):Petra elementary school(1A,2B,3B,4A,5B,6B)>> Petra Secondary school(7-3)
>>Shuqun secondary school(sec 1/4, sec 2A, sec 3B,sec 4B)
Age:16 years old
Date of Birth:June10 1992
Horoscope Sign:Gemini
Hobby:Playing sports, read comics, hang out with frens
My favourite comics: Mangas,
such as : Naruto, Prince of Tennis, D.Gray-Man
Favorite TV Shows: Animes
such as Naruto, Naruto Shipuuden, Bleach, D.Gray-Man,
Shaman King, Prince of Tennis, Gundam Seed, Gundam Seed Destiny, etc
loves
loves
loves
pass my O level with distinction
*go to my favourite JC
insert your tagboard code here