Y
Berita harian artikel(tarikh 20 ogos 2007) @ 8:10 AM
Esa elang kedua belalang
Takkan kayu berbatang jerami
Esa hilang dua terbilang
Takkan Melayu hilang dibumi
Selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya akan memberikan komentar saya tentang program baru yang akan diperkenalkan oleh pemerintah kepada rakyat Singapura.
Artikel yang telah saya baca ini mengenai program baru yang akan diperkenalkan di beberapa sekolah menengah bagi menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Melayu dan pelajar bukan Cina mempelajari bahasa Melayu dan bahasa Cina selain bahasa ibunda masing-masing.
Saya sangat setuju dengan program yang telah dibuat oleh pemerintah Singapura kerana bahasa ialah alat yang paling penting untuk berkomunikasi bagi manusia. Mempelajari bahasa Melayu juga sama pentingnya dengan mempelajari bahasa Cina. Ini disebabkan kerana Singapura teletak di Asia Tenggara ,maka dari itu warga Singapura perlu mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Indonesia supaya warga Singapura dapat berinterkasi dengan jiran-jiran , dan dapat berniaga dengan mereka . Singapura juga ialah salah satu daripada negara-negara yang paling ramai didatangi oleh banyak orang asing. Maka dari itu,memiliki bahasa lebih daripada satu ialah satu keharusan bagi warga Singapura. Saya juga sangat setuju jika pemerintah Singapura menawarkan biasiswa, insentif , dan juga memberi mata bonus bagi kemasukan ke maktab rendah bagi pelajar yang mengikuti program ini. Dengan adanya tawaran seperti ini , maka ramai pelajar akan mengikuti program ini dan program ini akan menerima sambutan yang baik daripada masyarakat Singapura.
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,101744,00.htmlBegitulah komentar saya tentang arikel ini. Saya berharap bahawa rakyat Singapura dapat menyokong program ini. Terima kasih.
Bunga Cina bunga karangan
Tanamlah rapat tepi perigi
Adik dimana abang gerangan
Bilalah dapat bertemu lagi
Y
Karangan @ 6:07 AM
Selamat berjumpa lagi kawan-kawan! Saat ini, saya akan berkongsi tentang pengalaman saya.
"Yuran masih belum dibayar"suara Cikgu Latif menerjah ke cuping telingaku, menyebabkan aku resah dan gundah. Selepas itu, aku semacam tidak tenteram dan fikiranku kembali berserabut. Kadangkala seperti beralun-alun dalam kepala.
Sepatutnya aku dapat belajar dengan selesa tanpa diganggu-gugat lagi. Dapat mendepani buku pelajaran dengan tenang dan damai. Tidak diganggu dengan perkataan'yuran masih belum dibayar'.
Namun masalah yuran sering menggangu diriku. Masalah itu tidak akan selesai,selagi tidak dilunaskan dengan cepat. Ah, di manalah aku akan dapatkan wang untuk melunaskan yuran itu.
Aku tidak berani meminta wang daripada ayah kerana duit simpanan ayah sudah dikeluarkan untuk belanja perubatan ibu dan untuk makan minum keluarga.
Cikgu Latif pun tidak faham dengan keadaanku walaupun aku telah berusaha untuk menjelaskannya kepada Cikgu Latif. Yang Cikgu Latif mahu, yuran mesti dijelaskan dan dilunaskan.
"Ayah kamu tak boleh bayar?"Cikgu Latif merenung mukaku tajam.
"Nanti saya tanya ayah,"janjiku.
"Semalam kamu kata nak tanya juga,"Cikgu Latif meninggikan suaranya. Seolah-olah mahu semua pelajar dalam kelas mendegar bahawa aku tidak membayar yuran.
"Er..saya lupa..."jawabku.
"Saya beri kamu tempo dua hari,"Cikgu Latif memandang mukaku.Setelah itu, aku mendengar suara jeritan mengejek daripada kawan-kawanku.
"Biar saya ponteng.Asalkan saya tidak menanggung malu."Demikian cetus hatiku.
Aku tidak perlu risau apa-apa. Cikgu Latif tidak ingin melihat mukaku. Kawan-kawan sekelas mulai mengejekku. Aku bebas berada di tepi sungai yang teletak sangat dekat dari rumahku. Tengah hari nanti, aku akan pulang ke rumah.
Semenjak ibu sakit, aku rasa dunia persekolahanku menjadi gelap. Aku mahu saja berhenti. Adik-adikku juga perlukan duit untuk bersekolah. Aku mahu cari kerja.
"Eh,kakak tak pergi sekolah?" suara garau tiba-tiba menerjah kupingku.Aku menoleh dan melihat adikku berdiri di sebelah.
"Kakak sakit perut tadi," Aku berbohong. Aku menenung muka adikku tajam.
"Kakak ponteng.."tingkah adikku."Kakak malu nak ke sekolah sebab kakak tak bayar yuran."
"Aku nak beritahu ayah bahawa kakak ponteng sekolah."Ahmad menambah lagi.
Aku menjadi sangat geram dan mahu menempeleng adikku. Bukankah itu perkara benar. Kenapa aku mesti menjadi mangsa. Aku tidak ke sekolah kerana malu.
Aku menguak daun pintu rumahku dan hendak pergi ke bilikku. Tiba-tiba aku mendengar suara ayah memanggilku.
Ayahku merenung mukaku tajam. Seolah-olah aku mahu ditelan hidup-hidup. Aku merasa cuak dipandang demikian rupa.
"Kamu tak ke sekolah?"
Aku membisu seribu bahasa.
"Yuran tak bayar?"
Aku cuma mengangguk.
Ayahku mengurut dada.Aku melihat ayah terbatuk-batuk.Aku berasa menyesal kerana aku telah membebani ayahku dengan masalah seperti ini.
"Ayah terima bayaran dari Perkeso,"jelas ayahku.
Perkeso?Aku tidak faham apa itu Perkeso.Aku hanya memandang surat ayah tadi.
"Dalam surat tu ada cek,"jelas ayahku.
"Banyak duit ayah......."cetusku.
"Wang tu ganjaran dari Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso,"jelas ayah panjang lebar.
"Esok ayah nak ke bank,"kata ayah."Selepas itu kamu boleh bayar yuran.Tak usah fikirkan apa-apa lagi.Kamu mesti belajar dengan tekun."
"Ya,ayah.Aku akan belajar dengan tekun dan akan membuat ayah bangga,"Aku berdiri sambil tersenyum.
Begitulah pengalamanku yang telah aku alami. Terima kasih.
Batang selasih mainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Y
Perkenalan @ 6:55 AM
Pohon pepaya didalam semak
Pohon manggis sebasar lengan
Kawan tertawa memang banyak
Kawan menangis diharap jangan
Selamat datang rakan-rakan sekalian dalam lelaman blog peribadi saya. Saya sangat senang sekali kerana kita dapat bertemu lagi di dalam lelaman blog peribadi saya. Saya berharap rakan-rakan dapat mengenal saya lebih dalam melalui lelaman blog ini.
Secara jujur, saya seseorang yang berkepribadian ceria dan gembira. Saya selalu mencuba untuk menunjukkan muka yang tersenyum dan ceria sewaktu saya ke sekolah. Saya juga ingin untuk menceriakan orang-orang yang berada di sekitar saya melalui gurauan dan senda saya. Tetapi, saya juga sering mendapat teguran daripada guru-guru saya kerana saya bergurau pada waktu yang tidak sesuai.
Namun,di balik sisi positif daripada sifatku, aku juga mempunyai sisi negatif. Saya tergolong seseorang yang tidak mempunyai pendirian dan selalu menuruti pendapat dan saran rakan-rakan saya.
Terima kasih.
Setelah membaca lelaman blog ini, saya berharap rakan-rakan dapat membantu saya dalam meningkatkan kepribadian saya dan saya berharap hubungan kita sebagai teman dapat kita kekalkan.
Kalau tuan muda teruna
Pakai seluar dengan gayanya
Kalau tuan bijak laksana
Biji diluar apa buahnya