Y
Impian Saya dan kata-kata terakhir untuk rakan-rakan dan guru-guru yang saya cintai @ 3:06 AM
Selamat sejahtera semuanya! Saya sangat senang sekali kerana kita dapat bertemu lagi melalui lelaman blog peribadi saya. Waktu sangat berjalan dengan cepat.Tidak terasa kita telah melewati tahun 2007 dan telah memasuki tahun 2008. Tahun 2008 ialah tahun yang paling sulit dan mencabar kerana kita akan menghadapi peperiksaan GCE O level pada bulan oktober. Kita juga harus berpisah dengan guru-guru dan rakan-rakan yang berada di Sekolah Menengah Shuqun. Saya berasa sangat sedih dan berat rasanya untuk meninggalkan kenangan manis yang telah saya lalui semasa saya belajar di sekolah ini. Maka dari itu, pada kesempatan kali ini, saya ingin menyampaikan kata-kata terakhir kepada semua guru dan rakan saya di Sekolah Menengah Shuqun. Saya juga akan berkongsi tentang strategi saya untuk mendapatkan nilai kepujian dalam peperiksaan GCE O level. Saya juga berharap rakan-rakan sekalian dapat mendapatkan manfaat daripada strategi yang akan saya kongsikan bersama dengan kalian.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada kesempatan kali ini, saya akan menuliskan empat strategi yang diperlukan agar kita sebagai pelajar bisa memperoleh markah cemerlang dalam peperiksaan GCE O level.
Strategi yang pertama ialah kita sebagai pelajar harus berdisiplin. Ini kerana dengan mempunyai sikap yang disiplin, kita dapat melakukan segala tugasan yang diberikan oleh guru-guru kita. Jikalau kita tidak berdisiplin, maka kita akan menunda-nunda segala tugasan yang diberikan dan akhirnya kita tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Strategi yang kedua ialah kita sebagai pelajar harus memilih rakan yang sesuai. Ini kerana rakan-rakan kita dapat mempengaruhi kita. Maka dari itu, rakan yang baik dapat memberi sokongan dan memberi pertolongan dalam subjek-subjek yang lemah.
Strategi yang ketiga ialah kita sebagai pelajar harus mengulang kaji pelajaran-pelajaran yang telah diajarkan di sekolah. Ini ialah faktor yang sangat penting kerana kita dapat memahami sesuatu pelajaran jikalau kita mengulang kaji pelajaran tersebut setelah pulang sekolah.
Strategi yang keempat ialah kita juga harus menjaga kesihatan tubuh kita. Kesihatan tubuh ialah faktor yang sangat penting kerana dengan minda yang cerdas dan badan yang cergas, seorang pelajar dapat menjadi lebih bersedia untuk menjalani masa belajar yang panjang di sekolah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata-kata perpisahan ingin saya tujukan kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Shuqun. Saya sangat berterima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya kerana saya telah dibantu dalam pembelajaran saya di Sekolah Menengah Shuqun dan dalam pembentukkan kepribadian saya. Saya juga ingin menyampaikan pesan-pesan terakhir saya kepada semua pelajar yang berada di Sekolah Menegah Shuqun. Saya berharap bahawa semua pelajar dapat menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya semasa kalian belajar di Sekolah Menengah Shuqun.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih atas perhatiannya dan saya berharap kita dapat bertemu kembali dalam lelaman blog peribadi saya.